Cabin Kelas Kupe
Aku bermula trip adventure aku dari Beijing ke Mongolia yang memakan masa selama 32 jam. Walaupun aku travel solo namun ianya bukan menjadi penghalang untuk ku merasa bosan ketika berada di dalam train. Aku berasa seperti travel Luxuries ketika berada di dalam train K23 ini kerana suasana didalam nya tersangat lah mewah bagi aku sebagai pengembara solo. Aku menaiki gerabak kelas Kupe (kelas kedua) dari Beijing ke Mongolia kerana ketika hendak membeli tiket hanya kelas Kupe sahaja yang ada. Walaupun ianya kelas kupe namun ianya tersangatlah selesa kerana train ini mempunyai gerabak Cafe, toilet di setiap cabin, air panas di setiap cabin dan juga ' Provodnitsa' atau pengendali gerabak.
Setiap cabin bagi kelas Kupe mempunyai 4 berth dilengkapi dengan tilam, bantal, selimut, cadar, sarung bantal, thermos air panas dan ruang penyimpanan bagasi. Aku memilih lower berth supaya senang bergerak. Aku bertuah kerana cabin yang aku pilih hanya aku seorang sahaja penumpang sepanjang 32 jam perjalanan, "so its be like all is mine". Dikelas ini agak terbatas untuk berkomunikasi dengan penumpang lain kerana setiap cabin adalah tertutup.
Hanya aku sahaja penumpang didalam cabin ini
Katil aku yang sudah siap dipasang cadar
Menikmati pemandangan indah dari luar
Laluan untuk ke tandas dan pantry
Air Panas untuk mandi
Sinki di dalam bathroom
Sinki luar di pantry
Air panas
Toilet
Nama - nama Kelas Di Dalam Train
Train trans-siberia yang selalu digunakan oleh kebanyakan pengembara terbahagi kepada tiga kelas mengikut kadar harga yang berbeza iaitu :
1- Spalny ( SV ) ialah Kelas Pertama :
Bagi kelas pertama aku tidak berapa pasti bagaimana keadaan nya tetapi aku dapat bayangkan kelas pertama boleh dikatakan sebagai bisnes class dan sudah tentu kadar harga nya juga sangat mahal.
2- Kupe ialah Kelas Kedua :
Bagi kelas Kupe pula ia lebih privacy kerana mempunyai cabin sendiri dimana terdapat 4 berth dalam setiap cabin. Ianya tertutup dan mempunyai pintu ' sliding door '. Keadaan nya sudah pun aku ceritakan di atas.
3- Plakartz ialah Kelas Ketiga :
Bagi kelas Plakartz pula adalah kedudukan seat secara terbuka dan agak sempit. Namun begitu seat nya tetap seperti katil cuma ianya lebih terbuka dan tiada privacy. Walaupun ianya kelas ketiga namun setiap penumpang akan diberi selimut, cadar dan sarung bantal, dan mempunyai air panas dan toilet di setiap gerabak. Terus terang aku katakan, aku lebih suka menaiki di kelas Plakarzt kerana ianya lebih murah dan selesa. Selain itu, di kelas Plakartz aku tidak akan bosan kerana boleh bersua muka dengan penumpang lain, walaupun kesemua mereka tidak boleh berbahasa inggeris namun ia bukan menjadi penghalang untuk aku tidak bercakap dengan mereka. Penumpang di kelas ini lebih peramah dan saling berkongsi makanan. Jadi kepada pengembara solo seperti aku korang tak boleh berlagak sombong kerana selama berjam jam lamanya korang akan menghadap penumpang yang sama, mereka ni bagaikan keluarga dan kawan - kawan kita. Rajin bertegur sapa kerana mereka akan tolong kita dengan memberi sedikit info tentang perjalanan train atau pun makanan untuk dikongsi. Walau pun penggunaan bahasa didalam train adalah Russia namun korang tidak perlu khuatir kerana di setiap gerabak mempunyai seorang pengendali train yang dipanggil "Provodnitsa", so dia akan mengingatkan dan memberitahu kita bila destinasi yang kita tujui sudah hampir tiba. Lebih kurang 15 minit sebelum tiba destinasi sekali lagi Provodnitsa akan datang kepada kita untuk memungut kembali cadar, sarung bantal dan selimut, jadi korang harus lah membukanya kembali dari katil untuk diserahkan kepada Provodnitsa sebelum turun dari train. Jangan lupa ucap terima kasih atau pun ' Spasibo ' dalam bahasa Russia.
Tetapi untuk perjalanan dari Beijing ke Mongolia sahaja yang aku menggunakan kelas Kupe, hanya perjalanan yang lain yang aku gunakan kelas Plakartz seperti UlanBataar - Irkuts - Kazan - Moscow - St Petersburg.
Gerabak Kelas Plakartz
Susunan Seat/katil di kelas Plakartz
Provodnitsa sedang melakukan housekeeping
Berth/seat aku
Penumpang Army
Teman buat sembang di kelas Plakartz
Kanak-kanak akan datang kat kita ajak main
Pakcik ni bagi epal kat aku
Makcik ni baik, dia tolong aku call CS bila dah dekat nak sampai
aku mula belajar bahasa Russia dari dia.
Gerabak Cafe
Didalam semua train terdapat satu gerabak cafe dimana ada penjualan makanan kepada semua penumpang. Namun harus diingatkan bahawa harga makanan di cafe ini sedikit mahal dan tidak tahu status halal nya. Jadi aku bawa makanan aku sendiri sebelum naik train. Aku hanya membeli nasi putih sahaja di cafe ini sebab aku dah bawa makanan Brahim dari Malaysia. Boleh la nak acah acah orang kaya makan kat cafe sambil menikmati pemandangan indah di luar.
Tips Kepada Pengembara
1- Bawa makanan, kalau boleh bawa dari malaysia sebab kita boleh berkongsi dengan penumpang lain. Mereka juga akan membuat perkara sama jika travel menggunakan kelas Plakartz. Sampai kena paksa makan walau aku dah kenyang.
2- Berbuat baik dengan Provodnitsa walaupun muka dia bengis sebab dia akan tolong kau bagi pinjam cawan untuk buat teh.
3- Bawa Card Games seperti kad uno dan sebagainya untuk hilang bosan.
4- Elak terima tawaran Vodka dari penumpang tempatan.
5- Kalau travel guna kelas Plakartz kalau boleh beli seat lower berth supaya lebih senang untuk bergerak.
6- Download offline Translator untuk berkomunikasi dengan penumpang lain.
7- Elak travel waktu ' Peak Summer ' sebab waktu summer sangat panas jadi korang boleh bayangkanlah kalau perjalanan panjang dan semua penumpang tak mandi... ashemmmm!!!
Okay, sampai sini dulu entri kali ni, untuk next entri aku akan ceritakan bagaimana cara untuk beli tiket train mengikut kelas dan harga. Jadi korang kena keep update setiap blog entri yang aku publish, boleh direct follow blog aku atau instagram dan facebook aku ok. Aku akhiri dengan pepatah " We Travel Not To Escape Life But For Life Not To Escape Us".
Catatan Oleh :
Ku Afifi Ku Azmi
Trans-Siberia
|
Comments
Post a Comment