Nusa Penida, Bali
Sebut je Bali, orang just nak ke Ulu Watu, Seminyak, Kuta, Ubud je kan, boring ah.. tapi kalau first time ke Bali okay la nak pergi tempat2 tu...
Ekceli Bali ni banyak lagi tempat2 menarik yg org tak tau.. Antaranya Nusa Penida..haa jeng jeng ni yang aku nak cite pasal Nusa Penida. Mcm mana nak pergi, nak buat apa, nak stay mana, semua lah...
Nusa Penida, Bali.
Dulu dah nak pergi sini masa oct2016 tapi tak tercapai sebab nya ada nyepi laut semua aktiviti air tak boleh selama 2 hari kot sebab ada satu bridge runtuh kat sana 10 terkorban.
Aku pergi hari tu 4h3m je. 8/3/18-11/3/18
so trip kali ni kat bali aku just pergi Nusa Penida dan Seminyak dengan Bajet rm300 je uollsss...
haaaa drum rollllllllllll.........................
Sampai je epot kau boleh direct ke Sanur, tapi if flight kau dah lambat sampai aku suggest kau stay kat Sanur 1 satu malam then esok pagi amik first boat.
Naik Fast boat kat Sanur dalam 40mins, 400-500k idr for return tiket, kalau pandai sembang boleh dpt lagi murah, mcm aku return tiket tu aku buat open tiket sbb tak sure lgi nak balik bila..
Stayed Nusa Garden Bugalow rm22 je uollss, boleh la nak buat tido malam je sebab waktu siangnya kau tak sempat pun nak tido...
Go around.
Nak dolan dolan kat sini boleh sewa motor je senang dan mur mur, rate 70k idr/day... boleh sewa kat hostel atau dekat harbour/jetty nanti senang nak pergi jetty dan terus pulngkan Moto kat situ, unless pickup transfer dah included dalam tiket boleh lah sewa motor kat hostel...
Kat sini recommended boleh pergi West, East, South, setiap tempat tu lain2 spot dan jauh2. So at least kau kena ada 3 hari untuk cover semua tempat ni, tambah lagi sehari dua untuk ke snorkling/diving.
Weast- ceningan channel, ceningan wall, gamat bay, crystal bay, broken bay, angle billabong, karang dawa.
East- peguyangan waterfall, saren cliffpoint, temeling, banan cliff.
South- Suwehan beach, Atuh beach, Karangsari cave goa putri.
So basically belah weast east more to picture spot, kalau ada drone lagi lah umphhhh mcm ni la hasil nya...
Jgn terlepas pi snorkling kat Manta Point sebab banyak gila Manta yg besar2 dan jinak...kau boleh je pergi swim dekat2 Manta tu...
Belah east ni more to cliff and if your dare enough u can jump...
Port at Sanur,Boat ke Penida
Sunset at Crystal Bay
Broken Bay
Angel Billabong
Broken Bay bye Drone
Water sports at Port Nusa
Habis semua 3 arah tu yg kau cover boleh amik pakej snorkling safari plak, very recommended, sbb kau boleh tengok buddha temple bawah laut, safary tour dan snorkling dengan manta yg aku cite tadi tu, so rate for this tour 200k-600l idr.
Pastu kalau ada masa lagi kau boleh pergi Nusa Lembongan dan Ceningan. Ni kena naik feri jugak dari penida ke ceningan pastu boleh naik moto ke lembongan sbb ada bridge antara ceningan dan lembongan.
——- tapi kau kena ingat jangan ingat semua point kat east west south tu kau boleh cover semua sebab !!!
1- jalan nak ke situ sangat lah azab, berbukit, berbatu, berlubang, berlecak, segala jenis ber lah.
2- jauh, kdg perjalanan 7km pun ambik masa sampai sejam sebab punca perkara no 1.
3-sesat sebab kau hanya tengok map offline yg kdg2 nya gila map ni, hahaha duk bwk jalan tak betul...
4- Pakai pakaian yang sesuai, kaal kau sayang Sneakers SUPREME kau tu better kau simpan je kat rumah sebab nya awal2 lagi kau dah kena buka kasut untuk masuk fast boat dan jetty dia bukan lah mcm jetty nak ke Langkawi tu tau!!!kalau tak crew boat tak kan bagi kau naik klau kau tak nak buka kasut mahal kau tuh...
Since aku sorang je aku sewa je moto pastu join la dgn geng2 yg stay kat hostel ni...
So kalau nak sewa motor aku recommend jangan sharing, sewa je sorang satu moto sebabnya nanti kesian kat orang belakang nak kena turun naik tolak moto kau oleh sebab kerana perkara no 1 diatas...
Kalau kau datang group mak jemah hire je kereta dengan supir skali sennag rate dlaam 600k idr / pax.mahal kan.!!
Kalau kau dah ada motor kat main land Bali dan kau nak pergi Penida boleh naik slow feri kat Padang Bay boleh bawak naik moto dalam feri. Rate dalm 100k lebih, so kau tkyah nak sewa moto lgi dah kat penida tu, perjalanan 2 jam.
cheers!!!!





Comments
Post a Comment