Gulmarg, The Meadow Of Flowers

21/10/2017. Day 4

Gulmarg.

Tempat ni adalah terkenal untuk skiing. Di mana Gulmarg antara yang terdekat dari Srinagar kira kira 56km yang memakan masa 2 jam. Gulmarg juga dikenali sebagai Meadow Of Flowers. DI sini terkenal dengan Golf Course yang agak luas.




Oleh kerna aku tak menggunakan pakej, jadi aku deal lagi dengan Sajit Bhai yang aku hire dia untuk ke Pahalgam... Dan hari ni juga aku akan check out dari HB untuk stay kat hotel di area Station Bas supaya senang untuk aku naik bas nanti ke Ladakh...

Sarjit Bhai datang pick up at 8am seperti yang dijanji kan semalam tu...aku bawa siap2 bag semua dan simpan dalam kereta sebab hotel, aku tak booking lagi...

Dalam perjalanan kami singgah untuk breakfast, aku makan Aloo Prata atau sejenis potatoes 70rupees. Setelah selesai breakfast kami teruskan perjalanan sambil disajikan view yang sangat cantik. Perjalanan ni akan mendaki ketinggian kerna Gulmarg terletak pada paras 8690ft dari aras laut...

Masuk je kawasan Gulmarg kami dikenakan toll sebanyak 70rupees, bahagi 3 dengan amar dan faiz jadi aku bayar 20rupees dan parking 30rupees bahagi 3 jadi 10rupees seorg...













Kami explore seluruh golf course kat sini yang sangat luas...cuaca pun sejuk tapi tak bersalji lagi. Kau takyah ride pony kalau nka jalan2 dulu kat bawah ni, best gak layan kau boleh tengok orang main Kriket, India kan terkenal dengan Kriket...bila dah sampai kat kaki nak daki Gulmarg kau akan ada pilihan untuk Naik POny sampai 1st station lepastu sambung naik Gondola untuk ke 2nd station atau direct Naik Gondola sampai tempat atas. Aku pilih Pony 500rupees ke 1st station lepas tu Gondola 700rupees ke 2nd station.










Time ni tak dak salji lagi tapi sejuk laa ya amat. so tak leh nak skiing. So kami just hiking la sikit asikit sampai ke atas nuuu cari frozen lake tapi tak jumpa. sedeyhhh!!! Dah puas bergambar semua pastu turun balik kat driver sebab dah nak gelap.























Memandangkan aku tak buat booking apa2 lagi, aku decide untuk duduk hotel yang amar dan faiz duduk ni, ok lah cuma 500rupees untuk satu malam. Dekat dengan pekan dan TRC so senang nak cari makan untuk malam ni. Setelah check in tu kami keluar untuk dinner. Aku makan Tika dan Roti 220rupees pastu beli air mineral 30rupees...

Haaaaa hari ni hari ke empat baru lah aku dapat rasa nikmat MANDI sebab hotel aku duduk ni ada air panas,, pergghhhhhh memang sedap beb mandi air panas dalam keadaan cuaca yang sejuk ni, bayang kan 4 hari tk mandi!!!!hahaha

OK lah ni je aku cerita pasal Gulmarg tak baynak sangat... stay tuneee okay dan kalau korang dah terlepas day 1-3 sila cari balik okay kalau tak terlepas kos dan tips yang aku share.

KOS :
- Toll 70rupees bahagi 3 aku bayar 20rupees
- Parking 30rupees bahagi 3 10rupees sorang
- Pony 500rupees
- Gondola 700rupees
- Dinner 220rupees
- Air mineral 30rupees
-

Cheers!!!!



Comments

Trans-Siberia