INDIA-Kashmir-Ladakh-Bikaner-Jaipur-Agra-Delhi

Hi,

Aku Mrkaka a.k.a Ku Afifi Ku Azmi the one and only afifi in the world.haha! Sebenarnya entry ni bukan lah aku nak cerita pasal biodata Aku.

Aku nak ceritakan kisah travel Aku ke India pada October 2017 iaitu tahun lepas. Ya walaupun sudah hampir 5 bulan berlalu, namun pengalaman yang mencabar, pahit dan manis masih lagi terngiang ngiang di benak fikiran ku... Ini kerana pengembaraan Aku ke India telah mengajar ku banyak perkara tentang kehidupan...haha cliche kan!!!! Terpanggil untuk tulis ni pun sebab orang masih bertanya minta itinerary lah, tips la, so aku merajin kan diri ini okay!

Aku ni bukan lah jenis yang rajin nak menulis sebab tak pandai nak mengarang ayat, kalau budak sastera ayat sedap lah kot kan... tak kisah lah apa pun, aku cuma nak share pengalaman ni dekat korang mana tahu korang ada plan nak ke India satu hari nanti, boleh buat rujukan apa yg aku nak cerita ni kan..hehe!

Kalau nak type semua dalam satu entri ni aku takut korang boring pula nak baca kan sebab memang akan panjang, ye lah kita ni kan jenis malas membaca tapi nak travel!!!cane tu??hahah. kalau tajuk karangan BM SPM aku dulu mcm ni hmmm tak cukup kertas la kot aku nak mengarang kan. So korang kena stay tune okay untuk aku update semua nya masa trip aku dan korang jangan terlepas ok setiap entri aku nanti sbb aku akan ceritakan tips, bajet, apa nak buat, transport. semua nya lah.

Haaaaa ni benda nak membawang sikit, walau pun ada je orang yang masih beranggapan "ala kau pegi luar negara banyak duit boleh la", nak kena ada banyak duit dulu baru boleh pergi, hmmm nak nak lagi aku ni plak student mesti ramai je yang tanya mana aku dapat duit kan?? Untuk pengetahuan aku pandai menyimpan dan control duit, tak boros, tak membeli itu ini sbb aku akan buat apa saja tuk ada duit untuk aku travel.. Orang tahu ke kita susah ke senang ke masa kita travel tu? kita makan ke tak? tapi dah sejenis memang dia punya hobi mmg tak leh buat apa untuk memuaskan nafsu hobi dia tu. hmmm mcm trip India ni , aku jual dua biji camra kesayngan aku, satu DSLR aku dpt jual dengan harga Rm2000 dan satu lagi gopro dengan harga Rm1000. cukup ah kalau pergi travel style backpackers!kalau kau nak luxury memang tak dapat la dik oiii. hahahaha.

ok ok dah! malas aku nak membawang lagi...aku nak cite psal trip pula ni. hiii!!!


ROUTE AKU MACAM NI.

Aku gerak secara solo backpacking dari :

KL - Delhi(airport) - Srinagar - Ladakh - Delhi(airport) - Bikaner - Jaipur - Agra - Delhi - KL.

Total Cost hangus sepanjang trip aku dalam Rm2000, exclude ticket flight dari KL.

18/10/2017 - 30/10/2017 selama 2 minggu.

Day 1- 18/10/2018.

Fly dari kl ke New Delhi menaiki Air Asia X pukul 5pm, setelah lebih kurang 5 jam perjalanan aku tiba di  Indira Gandhi International Airport (T3). Selepas je touch down terus pergi beratur untuk cop passport. Sebut je India aku dah fikir mesti airport dia pun kotor , tapi sebalik nya aku mengejutkan aku masuk je airport tengok kat dalam perghhh cantik weh dah macam Changi Airport plak..hmmm mungkin sebab airport kot kan, hahah...

Lepas je chop passport aku keluar cari macam mana nak ke Terminal 3 di mana flight aku esok pagi untuk ke Serinagar. Aku tanya kat Information Kaunter dia cakap sekarang ni aku dah kat T3. Tapi aku belum pasti lagi, aku tanya abam polis dia pun cakap benda yg sama. Pastu tanya makcik jual tu dia cakap kena naik Bas shuttle ke airport lagi satu. hmmm aku dah mula confuse. Pastu pergi naik atas level2 tanya lagi kat Information counter dan tunjuk skali tiket dan dia cakap benda yg sama. So aku yakin kan diri yang sekarang aku kat T3... Memandangkan aku akan fly pada awal pagi esok nya aku ada lagi beberapa jam untuk tido. Apa lagi terus cari port untuk tido sekejap.

Haaaa aku jumpa port tido kat Level 2 dan juga check in counter kat level 2 so senang esok terus ke kaunter utk check in.... Sebenarnya ramai je yang tido kat airport ni siap bawa toto selimut bagai, hahaha sebab esok nya flight awal kan. Ada satu port tu perghhhh satu family anak beranak tido situ siap hampaq toto dan selimut. aku perati je depa ni!!! 

Tips:
- Kalau flight korang sampai Delhi waktu malam dan esok korang kena fly awal pagi atau nak jimat tknak sewa hotel pd malam tu korang boleh je lepak kat airport tu sampai esok pagi, naik kat level 2 tu haaa banyak port lepak dan senang sbb kaunter check in pun kat level 2...

- Kalau korang nak fly ke Srinagar check betul2 flight apa korang naik sebab terminal dia berbeza, mcm aku naik Air Asia India Fly dari T3 so aku takyah tukar terminal lagi dah. Tapi kalau korang kena tukar terminal naik je Shuttle bas kat luar airport tu tunggu kat Tiang NO 3 - 5 FOC je tapi kena ingat bas shuttle sampai kul 11 malam saja last beroperasi.




Beratur cop passport


Port lepak kat Level 2


Check in Counter pun Level 2


Baca for next route

Suasana dalam Aiport


Boarding Pass Srinagar


Okay sampai sini dulu entri ni, nanti aku cerita lagi bila dah sampai Kashmir ok!!! stay tune, dan korang jangan terlepas tuk baca semua entri sebab takut terlepas Itinerary dan tips aku nak kongsi kan!!!

Cheers!!!!!Chow!!!
















Comments

Trans-Siberia