Trans-Siberia Part 1 : My Experienced As A Solo Traveller
![]() |
| Waiting For Train To Departure |
Kembara menggunakan Trans-Siberia Railway melalui Beijing, Mongolia dan Russia adalah pengembaraan impian aku sejak sekian lama, sudah tentu impian kepada semua pengembara lain juga. Alhamdulillah rezeki aku tercapai dahulu untuk memulakan pengembaraan ini. Semenjak aku mula membaca mengenai Genghis Khan dan tenteranya yang telah berjaya merentas rantau ini membuatkan aku lebih tertarik untuk meneroka sendiri dengan lebih mendalam.
Aku cadangkan kepada pengembara lain untuk membaca lebih mendalam Trilogi Sejarah Genghis Khan by Conn Iggulden Called " Wolf Of The Plains " yang dapat menjadi inspirasi sedikit sebanyak untuk meneroka lebih jauh lagi.
Setelah membuat keputusan untuk memulakan pengembaraan ' Adventure ' ini aku mula membuat kajian dan persediaan dari segi semua aspek penting seperti " Visa, Tiket, Laluan Perjalanan, Zon Masa, Cuaca, Mental dan Fizikal kerana bagi aku jika persediaan penting ini di buat dengan rapi maka anda sudah bersedia untuk menempuh segala pahit manis yang akan di lalui. Ini kerana Pengembaraan Trans- Siberia ini sangat lah mencabar lebih-lebih lagi kepada ' Solo Traveller ' seperti aku.
Content Overview :
1- Apa Itu' 'Trans-Siberian Railway'
2- Adakah Trans-Siberian Selamat untuk Solo Traveller
3- Perjalanan Trans-Siberia Bermula
4- Tips Kepada Pengembara
Apa Itu' 'Trans-Siberian Railway'
Aku bagi sedikit idea apa itu Trans-Siberia, Trans-Mongolia, Trans-Machurian. Entri ni saja aku buat supaya dapat tambah ilmu kepada diri aku sendiri dan orang lain juga. Aku dapat info ini pun dari internet (kredit untuk Mr Google).
- Trans-Siberian Railway : Moscow – Vladivostok (9,288 KM) – 7 Hari (163 Jam 42 Minit)
- Trans-Mongolian Railway : Moscow – Beijing (7,622 KM) – 6 Hari (126 Jam 55 Minit)
- Trans-Manchurian Railway : Moscow – Beijing (8,986 KM) – 7 Hari (145 Jam 01 Minit)
Okay, apa beza ketiga-tiga laluan train tersebut? Trans-Siberian Railway ialah laluan keretapi merentasi Siberia dan hanya di Rusia sahaja, iaitu bermula di Moscow dan tamat di penghujung laluan keretapi ini iaitu di Vladivostok Rusia.
Trans-Mongolian pula bermula di Moscow dan berakhir di Beijing China tetapi train ini akan melalui Mongolia (kita boleh turun dan bermalam di Mongolia kalau mahu), manakala train Trans-Manchurian Railway pula ialah laluan train dari Moscow menuju ke Beijing China tanpa melalui Mongolia (Dari China di Russia akan terus memasuki China tanpa melalui Mongolia). Okay laluan ni adalah yang sebenarnya kalau nak buat trip Trans-Siberia. Ok cuba tengok map dibawah ni.
![]() |
| | Trans-Siberian (Brown) | Trans-Mongolian (Pink) | Trans Manchurian (Yellow) | Baikal Amur (Green) |
Kebanyakan pengembara jarang menaiki keretapi ini secara terus selama enam atau tujuh hari berada di dalam train. Kebanyakan akan turun di bandar-bandar pilihan dan bermalam beberapa hari untuk melawat tempat - tempat menarik di sesebuah tempat pilihan mereka. Sebagai contoh Tasik Baikal di Siberia, kebanyakannya akan bermalam semalam dua atau lebih untuk menikmati panorama indah di Tasik Baikal. Seperti mana aku akan buat, aku akan meluangkan masa di Ulan Bator selama 6h5m, Irkuts 7h6m, Kazan 3h2m, dan seterus nya.
Kepada yang meminati sejarah Russia, ada tempat-tempat bersejarah yang kita boleh kunjungi, kepada yang meminati landscape atau aktiviti lasak macam aku seperti mendaki gunung pula ada tempat-tempat yang sesuai untuk kita dan begitulah seterusnya. Rusia ialah sebuah negara paling besar di dunia dan sudah tentu ada pelbagai destinasi menarik yang sesuai dengan selera kita, negara Singapore yang kecil pun banyak tempat-tempat menarik untuk kita kunjungi, inikan pula negara sebesar Russia. Sama ada berbaloi atau tidak kita menghabiskan sejumlah wang ringgit untuk trip ini, sukar untuk aku jawab, semuanya bergantung pada individu dan minat masing-masing.
Bertanya tentang ' Selamat ' bagi aku ianya agak subjektif kerana ia merangkumi dari pelbagai aspek. Jadi, untuk pendekkan kenyataan diatas aku akan cakap SELAMAT kepada solo traveller mahupun traveller wanita untuk melakukan pengembaraan Trans-Siberia. Cuma kita kena betulkan niat tujuan apa untuk kita travel, InsyaAllah perjalanan kita akan dipermudahkan. Alhamdulillah sepanjang perjalanan aku selama 45 hari aku telah berjumpa semua dengan orang yang baik-baik belaka. Walaupun begitu kita harus lah berhati hati dan berwaspada apabila pergi ke sesuatu tempat. Banyak buat kajian tentang tempat yang kita akan lawati seperti Scammer, Pick Pocket dan sebagai nya sebab kadang-kadang perkara yang remeh ini selalu kita terlepas pandang. Sepanjang perjalanan ketika aku berada didalam train semua aku berjumpa dengan orang baik-baik yang sudi bantu aku dari segi semua aspek seperti kongsi makanan, buat panggilan telefon dan sebagainya. Mereka seperti sudah kenal lama dan sangat peramah. Aku berhadapan dengan orang tempatan iaitu Russia ketika didalam train sepanjang 68 jam perjalanan. Walaupun kita sentiasa dengar betapa Bengis nya orang Russia, tetapi Alhamdulillah aku berjumpa dengan semua orang baik-baik.
Perjalanan Trans-Siberia Bermula
Sebenarnya aku telah pun melengkapkan pengembaraan Trans-Siberia dan Central Asia overland selama 45 hari. Laluan yang telah aku lengkapkan adalah KL - Beijing - UlanBataar - Irkuts - Kazan - Moscow - St Petersburg - Nur Sultan ( Astana ) - Almaty - Bishkek - Tashkent - Samarkand - KL. Ianya telah merentasi 6 Negara dan 11 rantau ( Region ). Jadi pengembaraan Trans-Siberia & Central Asia aku bermula dari Beijing, China pada 28/02/2019 ( Sabtu ). Setelah Check Out dari Leo Hostel yang aku menginap di Beijing aku terus ke Beijing Railway Station dan Train aku akan berlepas ke UlanBataar, Mongolia pada pukul 07:23am. Pada mulanya aku agak resah dan gementar, sudah tentu teruja setelah tiba di Beijing Railway Station kerana impian aku untuk melakukan Trans-Siberia Journey bakal tercapai, bak kata orang melayu " Why Not kita keluarkan sedikit modal untuk mencapai impian kita yang percuma dulu tu untuk menjadi kenyataan ". hehe. Jadi hari ni aku telah melakukan nya. Mujurlah hanya 2 Metro Station berselang dari Hostel yang aku tinggal untuk tiba di Beijing Railway Station, jadi aku tidak perlu terkejar-kejar. Setelah tiba di Beijing Railway Station aku berasa agak teruja kerana melihat Terminal ini sangat besar dan begitu ramai orang dari pelbagai negara terutama PRC sendiri. Alhamdulillah dalam keadaan keterujaan dan cuaca yang sejuk sekitar 2' Celcius aku dapat mengatasi nya. Untuk masuk ke dalam terminal aku perlu melepasi 2 sekuriti check point di mana yang pertama akan memeriksa tiket dan yang kedua akan memeriksa bag seperti di ' Airport '. Jadi aku nasihatkan korang tiba awal di terminal ini bagi mengelakkan kelewatan pemeriksaan kerana orang tersangatlah ramai dan korang kena cari dan bertanya dimana kaunter untuk masuk kalau tak biasa. Untuk pengetahuan, Beijing Railway Station adalah terminal antarabangsa. Selepas melepasi 2 sekuriti tadi aku terus ke ruang menunggu di tingkat 2 gate no 8.
![]() |
| Beijing Railway Terminal |
![]() |
| Menunggu Train bergerak |
![]() |
| Ruang menunggu di tingkat 2 gate no 8 |
![]() |
| Selfie bersama pengendali gerabak (Provodnitsa ) |
![]() |
| Keadaan didalam gerabak |
Aku menaiki Train K23 yang berlepas pada hari Sabtu sahaja pukul 07:23am dimana ini adalah satu-satunya train yang akan ke UlanBataar dan hanya beroperasi sekali seminggu pada musim sejuk dan 2 kali seminggu pada musim panas (betulkan aku kalau salah info tentang ini). Ia mengambil masa sekitar 32 jam perjalanan untuk tiba ke destinasi. Masuk sahaja ke dalam gerabak aku berasa sebak tidak terkata apa-apa dan aku hanya tersenyum gembira dengan mata sedikit berair kerana impian travel aku selama ini tercapai menjadi kenyataan. Bak kata orang melayu " Wishlisted Bucket Are Achieved ". Bangga dengan diri sendiri. Setelah 14 jam perjalanan Train akan berhenti di ' Erlian Border ' untuk pemeriksaan passport dan pertukaran kepala gerabak train. Pihak imigresen akan datang ke tempat duduk masing-masing dan bertanya beberapa soalan basic oleh 3 orang pegawai, tetapi tidak perlu khuatir jika kita tidak melakukan apa-apa kesalahan, cuma jawab lah dengan jujur dan yakin.
Ramai kawan –kawan dan saudara mara bertanya, tak bosan ke travel seorang dengan menaiki keretapi yang lama ni. Hmm sekali lagi soalan ini agak subjektif bagi aku, ia bergantung pada setiap individu apa yang dia nak, apa yang dia cari, apa yang dia rasa. Bagi aku travel berseorangan sangat seronok, boleh berjumpa ramai kawan, dapat paksa diri untuk bercakap dengan ramai orang luar yang bukan bahasa kita. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu aku untuk memperbaiki English aku. Mengajar untuk lebih berdikari, yang tidak bergantung harap kepada sesiapa. Bagi aku terpulang kepada setiap individu. Jadi untuk menjawab soalan tak bosan tadi, Aku jawab tidak berasa bosan sama sekali berada dalam keretapi lama-lama. Kerana sepanjang perjalanan aku dijamu pemandangan yang sangat indah dan cantik, dan ia membuatkan aku berasa lebih bersyukur kerana BucketList aku sudah pun tertunai. Aku langsung tak tidur sepanjang perjalanan ini kecuali pada waktu malam. Kerana aku tak mahu mensia siakan setiap sen yang aku bayar untuk trip impian ini.
Tips Kepada Pengembara
1- Tiba awal di Terminal
2- Bekalkan beberapa jenis makanan yang secukupnya ke dalam Train
3- Bawa bahan bacaan atau pun gadget untuk mendengar lagu atau movie
4- Jangan sesekali mengambil gambar ketika pemeriksaan imigresen
5- Buat sedikit kajian mengenai different time zone
6- Jangan merokok ketika berada didalam Train
7- Sediakan wet tissue secukupnya
8- Bawa minuman 3in1 dan maggi kerana didalam Train ada menyediakan air panas dan Thermos
9- Bawa selipar jenis terbuka pada ruang hadapan ( Bukan jenis kepit antara jari )
10- Paling penting adalah tidka boleh sombong dan rajin beramah mesra dengan pengendali gerabak dan penumpang walaupun mereka tidak boleh berbahsa Inggeris.
*Aku akhiri tulisan entri ini dengan quote dari Ernest Hemingway :
“It is good to have an end to journey toward; but it is the journey that matters, in the end.”
Semoga entri ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada and untuk mengembara. Tunggu entri seterusnya aku akan ceritakan keadaan dalam train dan bagaimana cara nak beli tiket Train. Jangan lupa follow blog aku untuk update seterusnya. Lebih banyak cerita dan gambar sila follow Instgram dan facebook aku dibawah dan korang boleh terus ke part ii untuk sambungan entri ini:
Part ii : https://mrkakajerni.blogspot.com/2019/08/trans-siberia-part-ii-pengalaman.html
Catatan Oleh ;
Ku Afifi Ku Azmi
Trans-Siberia
https://www.instagram.com/ku_afifi/
https://www.facebook.com/ku.afifi.3
Semoga entri ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada and untuk mengembara. Tunggu entri seterusnya aku akan ceritakan keadaan dalam train dan bagaimana cara nak beli tiket Train. Jangan lupa follow blog aku untuk update seterusnya. Lebih banyak cerita dan gambar sila follow Instgram dan facebook aku dibawah dan korang boleh terus ke part ii untuk sambungan entri ini:
Part ii : https://mrkakajerni.blogspot.com/2019/08/trans-siberia-part-ii-pengalaman.html
Catatan Oleh ;
Ku Afifi Ku Azmi
Trans-Siberia
https://www.instagram.com/ku_afifi/
https://www.facebook.com/ku.afifi.3










Comments
Post a Comment