Perjalanan tertangguh di Kashmir

22/10/17. 



Trip tertangguh!

Aku namakan hari ni trip tertangguh, kerana sepatut nya kalau mengikut itinerary asal yang aku susun akan bertolak ke Ladakh/Leh.

Tapiiiiiiii......

Lepas check out awal pukul 6am dari Royal Pearl Hotel aku jalan kaki terus ke Bus Station TRC sebab akan ke Ladakh pada hari ni mengikut plan asal. Hmm dalam 4km jalan dari hotel ke TRC. Sampai je terus beratur nak beli tiket bus ke Ladakh, huh dalam dok beratur tu nampak la mat saleh 2,3 org, tegur la depa ni kot nak ke sama tempat tp depa nak ke Jammu... sampai je turn aku tanya la kat counter tu tiket untuk ke Ladakh, hahaha org tu ckp bas untuk ke Ladakh hari ni takdak!!! Demn!!! Hmmm jemm!! aku dah gelabah dah ni macam mana nak ke sana ni, sebab bukan hari ni je yang takda bas tapi bas dah tutup beroperasi perjalanan ke Ladakh atas sebab faktor cuaca.!!! Menurut pendapat, Bas akan tamat beroperasi ke Ladakh bermula pada pertengahan bulan 10 sehingga lah tamat musim winter...

Tiba2 ada sorang pakcik ni approach aku tnya nak pi mana, Dia pun tunjuk Bas tu akan ke Ladakh esok pagi untuk penghantaran makanan ,,hmm ok la esok pun sbb ada la masa lg cuma cut sehari lah kt sana nanti, tapi masalah nya bus tu akan stop dekat Kargil and stay for one night pastu baru sambung keesokan pagi nya ke Ladakh sbb perjalanan dia jauh dalam 600km lebih so walaubagaimana pun bas tetap akan stop one night di Kargil kemudian akan sambung perjalanan esok nya... hmmm klu mcm tu tak sempat lah aku ronda2 Leh nanti... pastu tanya2 pakcik tu lgi dia kata ada kereta nak ke sana esok pagi juga pd pukul 5:30am dgn harga 1800rupees so kira jadi lah deal dgn pakcik tu je... pastu dia offer HB dia kat sungai tu tuk stay malam ni dgn harga 300rupees hmm kira jadi lah juga since aku dah check out dari hotel sana tu...

Selesai check in.

Ada Org tu tegur anawasayoq(bahasa korea) hmmm no no im malaysian, truly asia tp ada sikit mix gituuu!!! Org tu pun oooo ok sory! 
Dia bagi bfast n Kehwa Kashmir is my favorite, makan la dulu kat tepi tingkap hb ni sesambil tengok sungai dan matahari naik dengan suhu yg mengizinkan.asik beb!!!





Yang hijau tu adalah tasik, tetapi tersangat lah jernih airnya. Best joging pagi2

Breakfast di tepian tingkap

Zero Bridge waktu malam

Zero Bridge waktu siang

Zero Bridge
Since aku ada lagi full day hari ni kat kashmir boleh jalan2 lagi kat sini... pegi la jalan kat TRC tu, fikir nak jalan je kat tepi sungai ni pastu hiking sikit atas bukit boleh tengok view of srinagar n dal lake..plan nya petang nak sunset la sesambil ride shikara.. 

Pastu terjumpa owner hb yg aku stay ni, dia ajak pi kilang carpet dia, aku dok fikir juga sbb takut kena bayar, pastu dia kata free even tukrukbn dia akan drop mana2 aku nak nanti...ok lah deal lah sbb tk thu nk buat pa kan. Sampai je kilang tu huh aku dapat detect yg kilang tu bukan lah yg dia punya tapi aku relax je lah sbb free je dtg sini kan.. tkpe layan je dulu. Org kilang tu pun tunjuk carpet2 kat situ harga dalam 400myr,800myr.. hmm rasa mcm mahal je, aku pun tk thu sangat. Dia kata la sebab aku muslim n young brother dia bagi murah, hmm cubaan yg baik tu, dia ingat aku ni tk thu trick dia? Hahaha. Dlm pada tu aku duk fikir nak pegi mana hah lepas ni,, dah la tkde internet nak check it out... dlm pala otak nak pegi treking je kat Naranag n Dangabal tapi tk cukup masa sbb at least 3h2m tuk camping kat sana... 


Aku trick dia balik!

Hmm aku fikir jap mcm mana nk buat sesambil dihidangkan kehwa kashmir oleh orh kilang tu. Tup disbb tkde internet aku auta dia kata Parents kat Malaysia nak beli Carpet tapi dia nak tengok gambar n mesti la aku kena send pics kat diorg kn! Pastu org kilng tu buka la hotspot tenthering. Haha apa lagi selam sambil minum air laaa.. sesambil wasap sambil tu aku search juga... 


Manasbal Lake.

Setelah dpt wifi tu aku decide nak ke Manasbal Lake yg terletak 40km dari Srinagar...mcm best je kat sana! Aku deal la dgn owner Hb tu, deal punya deal dpt tuktuk bwk ke sana dgn harga 1200INR incl ride shikara. Ok lah malas nak fikir byk terus on sbb nya nak ke Dangabal lake tak dpt. 
Woi kau tahu tak dalam perjalanan tu kau dihidangkan dgn view yg sangat indah dgn pokok2 epal nya, pokok apa tah yg warna2 tu tp kuning je la, hmmm teringat pula kat jepun!! Eh nak suruh repeat jepun blk ke ni??? Hahaha lawa beb! Sampai je Manasbal kena bayar fee 20INR...sblm ke lake tu akan lalu dulu Jurakabul Garden (betul ke eja?) cantik juga dari garden2 kat srinagar tu... pastu terus ride shikara!! Tak lama dlm setengah jam je!!! Memang layan kat sini compare Dal Lake baik datang sini sbb sangt lah tenang, dengar bunyi burung2, lembu kambing je sesambil bunyi air sikit2. Jauh dari kota n tiada bunyi kenderaan langsung!!! Perghhh memang layan sampai aku suruh org bwk tu lepak jap kat tengah2 tu sbb aku nk layan ketenangan jiwa sampai tertdo beb atas shikara tu!!! Hahaha 
Dah habis tu lepak2 la jap kat Garden Jurakabul tu. Siap baring2 lagi sbb daun dia cantik kekuningan! Hmmm sbb tkde org nak ambk gambar aku set timer pastu posing fefeling sensorg mcm hero hindustan, org2 local tengok je gelagat ku, haaaaaaaa kesah pulak...


Garden 

Kita akan melalui garden untuk ke Lake

Garden

Laluan ke Lake

Shikara

Air tasik yang jernih

Mr kaka posing

View tasik

Tasik yang dipenhi dengan bunga teratai

Tasik yang dikelilingi gunung ganang

Posing maut

Posing kat garden

Setelah puas lepak aku pun ajak driver balik.. dalam otw balik tu aku suruh dia stop by kat Old City of Srinagar nk tengok apa ada!!! Aku suruh Dia stop dan aku berjalan all the way area Old City tu... memang best sangat tengok budaya dan building/rumah2 lama dia kat sini. Hmm mcm ni baru betul2 local sightseeing, enjoy sangat jalan kat sini. Sangat cantik, dengan traffic dia yg kelam kabut.. org2 jual buah dan roti tepi jalan...tk tau nk ckp mcm mana memang best mungkin tempat mcm ni kena dgn jiwa aku...

Dalam dok jalan sesambil snap pic tu ada pakcik kedai ni tegur, hello hey come here!! Aku pun pi la kat dia jap, cih rupa nya dia nak bergambar je!!!ok lah jom jom, dia tnya are you frin Japan???? What? No no im from nalaysia and i muslim,dalam hati(hmmm patut la dia nak bergambar) haha... dsbb kan nak cepat akubtinggal kan dia dan terus jalan... tengah doknjalan tu org duk tegur hello hey are u Taiwan?? Hmm taiwan plak dah!!! Hahaha senyum sensorg... btw people in Old City here very kind and very friendly!!! 

Ok lah macam dah panjang je ni aku cerita, tapi tak habis lagi tau cerita untuk harini.. ada cerita menarik masa kat Old City, nanti aku cerita kat dalam entri seterusnya okay!!!

stay tuneee and cheerrss!!!!


Kos:



- House Boat 1 malam 300rupees

- Kereta ke Ladakh 1800rupees
- Tuk tuk included Shikara di Manasbal Lake 1200rupees
- Entrance fees 20rupees




Comments

Trans-Siberia