Pahalgam, Kashmir Tanpa Pakej

20/10/17. Day 3
PAHALGAM.

Hari ni plan ke Pahalgam tanpa pakej...kalau nak ke Pahalgam boleh pi cari kat area bus station tu ramai yg akan offer n kena lah pandai bargain. Semalam dah tanya kat tourist information center. Tak tau kat mana tourist information center??? Hah pi cari balik entri yang lepas tu aku ada cite kat sana!!!!!mcm mana nak ke sana. So makcik tu cite la boleh pegi by share cab or hire kereta with driver. Tp kalau pi naik bas or share cab ni leceh sikit sbb kena tukar2 plus perjalanan dia pun jauh dalam 3jam.. so aku decide hire kereta dgn driver skali. Masa ni kena pandai2 lah cari n bargain tuk dpt murah. So dpt lah mamat ni Sajit Bhai offer 2000inr, sebenarnya rate ni lebih kurang sama ja dengan yg lain tapi aku hire dia ni sebab kesian kat dia katanya dah 3 bulan kreta tk jalan n sbb tkde customer, aku iya kan je lah kan. Sebenarnya dia ni, Hasyim bhai owner HB yg recommend sbb kwn dia.. padahal sblm tu Pakcik auto yg bwk local sightseen smlm dh offer.tp tkpe lah kesian kat Sajit Bhai ni. (Niat baik nk tolong tkpe). So kami bahagi lah 3 dgn 2 org student india yg aku jumpa semalam tu... lebih kurang 660rupees lah sorang. 


Welcome to Pahalgam
1- pukul 9am Sajit Bhai pick up kat HB terus gerak ke Pahalgam... Ya ampun jalan dia weh very lah bumping and dusty. Hmmm traffic ni toksah cakap la dah mcm kat vietnam and indo gi dah. Hon je keje! Kau kat depan tapi lembab mcm siput hah siap lah memang kena hon sepanjang jalan kalau kau tak ke tepi!!! Tapi walau pun kena hon relax je, takde la nak pandang dengan muka tak puas hati, takde la nak buka tingkap tunjuk middle finger, penumbuk etc!!! Tp klu kat KL ni hmmm siap lah kau!!! Hahaha! Hmmmm Beza kan kita dengan luar!! 
Tkpe2 takyah nak compare tempat kita dgn org, sbb kita pun ada specialty tersendiri yg org luar pun respect dgn kita. oppss!
ok dah dah meh sambung cite !!

Jalan berhabuk di pekan Srinagar

Perjalanan Ke Pahalgam merentasi Highway

Masjid atas bukit, masjid ni kot yg dalam cite Bajrangi Baijan



Perkampungan

2- dalam 2 jam perjalanan Aku suruh Sajit stop kat restaurant memana tuk bfast.. Dia bwk singgah kat Pure 100% vege rest... Sampai je dah pukul 11am, Since dah nak dekat lunch aku terus la have brunch dengan Vege Biryani 110INR with Chai 20INR. Ok lah kenyang perut tapi pedas sikit maybe jenis aku tk tahan pedas kot!!!


Restaurant 

Breakfast

3- habis brunch, teruskan perjalanan, weh kau tau tak dalam perjalanan tu kau di taburkan dengan pamandangan yg sangat indah denga gunung2 dan sungai air biru dia tu!!! Perghh hilang segala stress lalu sini... excited jap!!! Dengan kuda dok lalu lintas, dengan kambing biri2 nya. Kau rase??? Haha dpt bayang kan tak?? Racun.

Gerbang ke Pahalgam


Bergambar bersama Faiz dan Amar

Perkampungan Local

Air sungai biru

Perkampungan di kaki gunung 

Perkampungan
Bayangkan kalau musim winter !!!

4- Dalam 12:15 sampai kat Ganeshbal point di mana starting point of Pahalgam! Hmm turun je kreta kau bagai kan Dato Bandar di mana semua orang akan berkerumun dekat kau!!sebab pe? Haha diorang ni la yg akan offer for pony ride nak ke atas sana tu!!! Jenuh la kau nak melayan...tapi aku decide nak trekking je since masa fullday kat sini je hari ni walhal tk thu pun keadaan kat atas tu mcm mana. Jauh ke dekat ke, laluan dia pun tk thu... mula lah trekking dlm 12:30pm, walaupun dah berkeras tknak yg dorang offer pony ride tu diorg tetap akan ikut kau sepanjang perjalanan tu...hmmm annoying gila weh, tell me tell me tell me how much you want siap Ckp kasar lagi sbb aku tak layan.. btw dia offer 3000INR!! Emamng tak la kan. Hmmm dalam 300m juga dorang ikut jalan asik dok tell me tell me how much u want!!! Masa tu geram sangat sebab dah rimas mula aku keras sikit kat depa dengan cakap manis ala ala Mamy Mas Idayu!!!!Heyyyyy ada nampak mami happy!!! Haha tahu pun kau reti nak diam ,,, kesian2 juga tp tu lah. Hmmmm! Lepas tu aku ckp la ok mcm ni biar sy jalan dulu naik atas nanti bila dah penat sy call tuk datang ok! Ambik no fon dia Then baru dia blah dan minta maaf!!! Hahaha.


Sampai

Ganesbal point


Harga untuk Pony ride

Ganesbal Point

Pony to hire

5- BTW diorg tu cite la jalan ke atas tu very bahaya and sangat curam dan berbatu!!! Hmm tkpe lah teruskan je laaa.! Hmmm memang betul pun track dia curam dan berbatu tapi still ok la, kalau kau dah biasa panjat bukit broga tu dah 3,4 kali tkde masalah lah. Actually kalau kau trekking ni lagi best layan view dan senang nak bergambar, kalau naik pony tu kan sakit punggung weh bayangkan 3 jam dengan jalan berbatu.


Mula Hiking

Trek Pahalgam
6- memang cantik la view dia dengan angin sepoi2 bahasa sejuk dia hmmm hilang segala letih lelah kau tu...sampai je Kat Kashmir valley kena bayar 20INR tuk masuk. Ok la! actually kalau betul2 kena musim dia hmm memang cantik sesangat, dengan rumput hijau dia plus gunung ada snow tu. Tapi time ni musim tk kena so kashmir valley so so jela.! Lepak2 jap situ pastu terus trekking naik untuk ke waterfall.. jauh juga la. Masa tu nampak laa org local yang tinggal kat atas tu.aku dok bayangkan mcm mana la kalau winter nanti! 


Kashmir Valley


Kashmir Valley


Kashmir Valley, tak kena musim, kalau kena musim view lagi cantik


Bulu biri biri sangat lembut dan bersih ye, kalau nak pegang dan bergambar kena bayar

Baju Tradisi Kashmir untuk disewa buat bergambar


Mr Kaka


Posing wajib, jump!!!


Salah satu tempat shooting Bajrangi Baijan

tempat shooting

Budak yang tinggal kat atas bukit ni. Depa juga akan tanya untuk jadi guide

Lembu macam kat New Zealand


Rumah penduduk yang tinggal kat atas Pahalgam ni, bayang kan kalau musim winter,
kalau nak bergambar sila minta izin yeeeee!!!
7- otw tu nampak satu group brader2 kashmiri dok berposing bershooting!!! Singgah la jap kat kedai minum Kehwa Kashmiri, sedap gila 30INR. Pastu sembang2 la dgn depa ni. Dia cite boleh terus turun ikut waterfall tuk kebawah pastu suruh la driver dtg pick up kat Pahalgam Market. So tak payah nak patah balik turun ikut Ganeshbal. Jauh woi nak patah balik tu.. depa tolong call driver guide sajit suruh pick up kat Market Pahalgam. 
Selalunya tourist memang akan patah balik utk turun ke Ganeshbal point dimna tempat pertama nk hiking td tu sebab hampa berkuda jadi kuda tu kena return balik kat tenpat mula2 sampai tadi tu. Klu plan sendir mcm2 plan kau blh buat so klu datang sini tkyah naik kuda ok!!!



Pastu aku pun follow je la diorg ni since depa pun nak balik rumah depa kat bawah sana tu. Hmmm memang curam lah bukit dia dan berbatu. Masa turun tu kau lalu la perkampungan kashmiri,cantik!!! Sejam juga la nak sampai bawah kat market tu. Sampai je driver dah tunggu. Terus gerak balik. 

Baju juga boleh sewa kat sini untuk bergambar

Mr kaka posing


Kedai, pitstop untuk minum tea


Jalan bukit nak turun ke bawah

Mamat ni tengah buat Chai

Brother ni tunjuk jalan nak turun




Another pitstop for drinks



Jalan turun bukit, tapi best sebab view lawa


Bukit agak mencanak



mr kaka posing


Melalui laluan berbatu dan turun bukit mencanak

Bila dah sampai bawah akan lalu perkampungan Kashmiri


Ni antara rumah Kashmiri di Kaki Bukit, dan setiap rumah mesti ada kuda 



Rumah Kashmiri



Rumah besar sikit dari yang lain, orang kaya sikit kot


Kuda merata rata, budak sekolah baru balik

Laluan budak2 ke sekolah


Antara hotel di Pahalgam, boleh juga nak stay sini kalau taknak buat day trip, rate
mcm mahal sikit sebba hotel tak banyak, rasa bawah 10 hotel je



Bila dah lalu perkampungan tu, kami melalui pekan kecil Pahalgam di mana Driver kami dah tunggu kat sini., Nasib jumpa orang local yang baik masa kat atas sana tadi sebab guna telefon diorg untuk call driver dan bagitau jalan jalan suruh tunggu kat sini...


Antara kedai kedai kat pekan kecil

Singgah bergambar kat tepi sungai
Air dia biru dan ya ampun sejuk ya amat

Teringin nak mandi tapi takut beku

Mr kaka posing

Sunset

6- OTW back tu singgah kat restaurant masa datang tadi tu untuk toilet. Hmmm pastu kena la Chai segelas dengan Pakoda veg( alaa vege celop tepung je) sedap jugak, 15INR+50INR...

7- sampai Srinagar dalam 8:30pm, dinner dulu kena Chicken Tika n Roti 190INR. Habis dinner Sajit hantar balik HB!!! 

Tips :
- Kalau tk tau arah nak hiking boleh jalan laju sikit ikut pony pony yg tourist lain ride tu, tapi penat lah nak kejar dia.
- Atau pun ikut tahik/najis kuda berak yg fresh mana arah dia lalu!!! InsyaAllah tak sesat n kau akan sampai ke destinasi!! 
- Kalau nak ride pony kena pandai dan berkeras sikit untuk bargain dapat harga murah.
- Bawa extra kain ke apa untuk lapit kat atas pony tu sebab sure akan sakit punggung and end up korang akan nak turun dan jalan je, so dah rugi bayar mahal2.
- Kalau nak amik gambar orang local kat atas sana tu pastikan minta izin dulu, terutama perempuan, kadang depa tak suka.

- Kalau nak hiking macam aku buat ni pasti kan korang pakai kasut yang sesuai ye, sebab laluan dia berbukit mencanak dan berbatu.

Total spent time hiking n lepak kat atas tu dlm 5 jam. 12:30 naik 5:30 dah turun. 
KOS:
- Breakfast 130rupees
- Kashmir valley entrance 20rupees
- Kehwa 30rupees
- Chai+Pakoda 65rupees
- Dinner Tika Chicken + Roti 190rupees
- Bayar Driver 2000rupees bahagi 3, 660rupees/pax
- Total 1095rupees.

So sampai sini dulu okay, korang tunggu next entri aku akan cerita pasal Gulmarg tanpa amik pakej pula okay!!! jadi stay tune

Cheers!!!!!








Comments

Trans-Siberia