Solo Trip To INDIA-Kashmir-Ladakh-Bikaner-Jaipur-Agra-Delhi


Hi,
seperti yang dijanjikan hari ni aku nak update tentang Kashmir tanpa menggunakan pakej..




19/10/17.

Touch down SRINAGAR (SNR)  airport pukul 7:30am lebih kurang 1 jam 30 min penerbangan dengan Air Asia India. Dalam penerbangan tadi aku dihidangkan sarapan pagi, aku tak ingat apa nama jenis makanan tapi vegan lah sebab masa booking tu aku dah pilih siap untuk Halal food, jadi korang jangan terlupa benda ni ok bila nak pilih meal on board.

view Kashmir dari atas
Keluar je dari pintu flight tu, wow dapat rasa kan cuaca yang sangat sejuk, sehinggakan mulut berasap bila bercakap. hahaha!!! teringat pula kat Jepun!!... Lepas tu aku terus ke dalam airport dan Isi borang Custom untuk tourist Sahaja, mungkin untuk record dan clearance je kot...

Airport Srinagar
Lepas tu aku terus keluar ke Departure Gate nampak sorang pakcik ni berdiri kat depan pintu dengan memegang kertas yang tertulis nama KU AFIFI. Jadi aku terus menyapa pakcik tu dan perkenal kan diri. Pakcik ni akan bawa ku ke House Boat yang telah aku booking.

Pakcik driver yang pegang nama aku tadi
*** Sebenarnya owner houseboat ni yang offer untuk pick up, aku fikir pick up ni dah termasuk semasa booking sebab dia tak bagitau apa2 harga masa dia cakap " okay somebody will pick you at airport" aku pun okay saja lah tanpa bertanya kan apa2, silap aku juga. Jadi korang kena tanya kan betul2 segala maklumat yang diorg bagitau tu okay. Kalau nak naik bas korang keluar je airport jalan depan sikit dalam 300m dah ada bas kat tepi2 tu, bas akan turun kan kita dekat TRC iaitu station bas dia lah. Dari TRC tu boleh jalan je untuk ke Houseboat.

Jalan sempeit sebelum masuk town
View dalam perjalanan ke HB
Lebih kurang 30minit perjalanan aku sampai di Dal Lake di mana tempat popular untuk penginapan House Boat. Aku diminta untuk membayar kos pick up dari airport kepada pakcik tadi tu dengan harga 700rupees ( Rm40 ) siap minta tips lagi tau tapi aku tak bagi sebab harga tu agak mahal bagi ku.  Aku booking Switzerland HouseBoat untuk 3H2M melalui Booking.com dengan harga 1200rupees(RM70).

Untuk ke HouseBoat kita kena cross Dal Lake menggunakan Shikara @ sampan kecil dari pinggiran jalan, part ni jangan risau sebab owner HB tu yang akan jemput kita, alahhh dekat je pun tak sampai 5 minit mendayung dah sampai sebab HB yang aku menginap ni Front Line, iaitu bahagian hadapan dari Boat2 lain..

Fron line House Boat
Tu ha Shikara untuk ke House Boat dari seberang
Setelah check in letak segala bag dan rehat sekejap sambil dihidangkan Chai panas memang mengasyik kan.
Memandangkan hari ni adalah hari pertama aku bercadadng untuk buat local sightseing. Setelah melepaskan lelah seketika aku keluar untuk mencari Tourist Information Centre yang terletak berdekatan dengan TRC. Aku ke TRC dengan menaiki local Bus yang hanya perlu tunggu di tepi jalan berhadapan HouseBoat. Kos untuk ke TRC hanyalah 8rupees je instead of 50rupees dengan tuk tuk.

House Boat yang aku stay

Switzerland HouseBoat

Tempat lepak depan HouseBoat


Sampai je TRC jangan terkejut pula sebab ramai orang local akan approach kita untuk offer pakej2. Tapi kalau tak nak just ignore dan cakap dengan baik okay. Aku terus masuk ke Tourist INformation Centre dan berbincang dengan makcik yang kat kaunter tu untuk aktiviti hari ni dan seterusnya. Setelah itu aku keluar untuk dapat kan guide dan dapat lah pakcik ni dia offer 700rupees untuk local sightseing pada hari ni. Okay lah kan aku share bertiga dengan Amar dan Faiz. Oh ya Amar dan Faiz adalah student Medic kat India yang baru aku kenal masa nak check in kat Houseboat tadi. Kebetulan pula, sorang dari Malaysia sorang lagi local india, jadi boleh la aku share kos dengan diorg. Tapi kalau korang pandai sembang mungkin boleh dapat lagi murah.


Suasana dalam bas nak ke TRC
Kawasan TRC
TRC- kat sini lah tempat nak cari tour, beli tiket bas/van ke destinasi lain
Station Bas la kiranya.
Tourist Information Centre

SRINAGAR.

1- Dal Lake ni tersangat lah besar, hmmm memang tak habis la kalau nak pusing.

2- MUGHAL GARDEN. adalah tempat pertama kami melawat, garden ni terletak atas bukit, pemandangan nya sangat cantik dengan dikelilingi gunung ganang yang dilitupi salji diatas puncak. perghhh pelbagai jenis bunga kat sini, kalau korang datang betul musim bunga lagi cantik, nangis air mata darah sapa yang jenis minat bunga.!!!Tapi nak masuk sini kena ada fees tau tapi mur mur je hanyalah 20rupees sahaja.haha!!


Jalan berbukit nak ke Mughal Garden

Tangga nak naik ke Mughal Garden

Mughal Garden
Taman Bunga Mughal Garden, time ni tak kena musim sbb bunga
baru nak jadi
Bunga baru nak jadi

3- OTW turun bukit dari Mughal tu kami singgah kat BOTANICAL GARDEN, haaaa garden ni sangat la famous sebab kebanyakan filem bollywood akan buat shooting kat sini sebab kawasan dia sangat lah luas.Hmmmm boleh nak feeling feeling hero hindustan bergolek golek atas turf sambil di dihidangkan view gunung ganang yang bersalji dan bunga bunga di garden ni.  Sangat berbaloi singgah sini sebab 20rupees sahaja untuk entrance fee. Dah puas golek golek tu kami keluar pergi cari makanan sebab tak lunch lagi, ada la banyak gerai kat luar tu, aku makan maggi dan chai je 40rupees.


Entrance Botanical Garden
Taman bunga view gunung
Tasik Botanical Garden
Posing luh.
Ni la tempat filem Bollywood shooting
Hero hindustan bergolek golek dari atas
Kawasan Botanical Garden lebih luas dari garden lain
Spot lighting cun nak bergambar

4- Lepas makan tu kami singgah jap kat Handcraft Art Gallery, iaitu semua benda kat dalam ni adalah handmade, takde langsung yang guna mesin walaupun shawl, pashminar, jacket, carpet dll, tapi aku mampu tengok je laa. hahaha!!

Laluan masuk Art Gallery
Pakcik ni tengah buat Pashminar
5- Lepas tu  pergi la HERITAGE MUGHAL GARDEN 20INR dah nak dekat gelap dah msa ni jadi ni yg last point untuk  hari ni. Antara semua garden ni paling best bagi aku sebab boleh layan sunset dan  lebih tersusun. Hmmm dalam dok bergambar tu ternampak la satu grouop makcik2 dari malaysia rombongan cik kiah kot.. sembang2 la kejap dah org melaysia kan, kang nanti kena bash pula ckp malaysian sombong bila jumpa kat oversi!! Gituuuu..


Entrance
Spot pertama
Heritage Mughal Garden


Kalau rajin boleh jalan sepanjang seluas garden ni sampai hujung
bukit sana
Sunset Dal Lake dari atas Heritage Mughal Garden
Sunset spot
6- Dah habis tu ,kami  balik HB sbb dah malam, nasihat org2 sini kalau boleh jgn keluar malam2 so kita balik awal, otw back tu singgah la kat MAKANI PARK untuk tapau dinner, aku beli Kutti beef n chicken with roti 90INR saja. Pastu beli la sikit jajan 40INR.

Makani Park Street Food
Sampai je HB terus dinner  yg tapau tadi tu kat depan berandah HB. Perghh nice gila weh sambil sambil kau kena chai dalam suhu sejuk macam ni.
Since sejuk sampai sekarang aku tak mandi lagi sebab air panas kena bayor. Tak mandi pun tkpe kot, bukan org tahu pun.eh ni korang dah tahu laa tercerita pula kat sini!!! Oppsss jgn bgthu org ok, kesah pulak!!!hahaah Even tak mandi kite tetap the vogue gichuwwwww! Hahaha

TIPS:
1- Jangan keluar malam, balik awal.
2- Bargain dan deal betul2 dengan guide, tapi nak bargain tu beragak la juga sebab ni adalah pendapatan utama mereka
3-Sediakan duit kecil yang cukup.
4- Setiap tempat attraction dikenakan entrance fees.
5- kalau ada apa2 boleh terus ke Tourist Information Centre sebab 24hours.
6. Kalau nak booking HB korang kena pastikan diorg mention Front Line dal Lake HB, kalau tak huh memang kena block la dengan boat2 lain  so tak nampak view yang best.

Kos hari ni :
- Tuk tuk 700rupees bahagi 3 (230rupees sorang)
- Makan 170rupees
- Local Bus 8rupees
- Entrance Fees 60rupees
- Airport pickup 700rupees
- House Boat 1200rupees
- Total 2368rupees


Okay dah habis untuk hari ni, korang stay tune okay dan jangan terlepas setiap entri sebab segala kos dan tips aku akan share kat korang nanti.

Chowwwww!!!! cheers!!!





Comments

Trans-Siberia